Buli

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Alhamdulillah
Allahumma Salli ‘Ala Muhammad

Gejala buli menjadi satu isu yang semakin membarah dalam diri manusia tanpa mengira peringkat umur. Tambahan pula dengan kehadiran rangkaian media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya, gejala buli lebih mudah dilakukan. Namun, jika anda terlibat dengan buli sama ada sebagai pembuli atau mangsa buli, anda perlu tekadkan di dalam diri untuk keluar daripada masalah sosial yang tidak sihat ini. Ayuh selamatkan generasi ini!

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pemergian pelakon utama atau hero filem Black Panther, Chadwick Boseman. Namun, di sebalik berita kesedihan pemergian mendiang, telah diikuti bersama berita-berita yang tak diingini tentang buli atau lebih tepat buli siber akan penyusutan badan mendiang Chadwick. Rupa-rupanya mendiang mengidap penyakit barah usus atau kanser kolon. Kita doakan agar keluarga mendiang dikurniakan kekuatan dan kesabaran atas pemergian Chadwick Boseman.

Di samping itu, menurut pencipta dan pengubah lagu Kelabu iaitu Yonnyboi dan Azlan, lagu terbaharu gandingan dua penyanyi hebat ini memiliki pesanan tentang buli. Bagi sesiapa yang tidak pernah mendengarkannya, anda boleh dengar di YouTube.

Sumber Asal dan Rujukan:-

1. Kesihatan Mental: Umum. Buli.
http://www.myhealth.gov.my/images/e-mag/11LetsTalkMindaSihat/mobile/index.html#p=9+3

Leave a comment